NASI BAWANG PUTIH
2 cawan beras,masak nasi dan sejukkan
8 tangkai,chilie kering dipotong
2 biji bawang besar,dihiris
1 inci halia,dipotong
100 gm bawang putih,dipotong
2 tangkai daun kari
Jus asam java,secukup rasa (jangan masam sangat)
2 s/m kacang urad dhal
1 s/m kacang dhal kadalai paruppu
¼ s/t serbuk asafetida
2 s/m minyak
Panaskan minyak dan masuk urad dhal dan kacang dhal kadalai paruppu kacau rata. Dan masuk chilie,bawang dan daun kari goreng hingga bawang layu. Masukkan serbuk asafetida dan kacau rata. Tutup api dan bairkan sejuk. Kisar dengan air asam java menjadi pes. Ketepikan.
1 s/m minyak
2 s/t biji sawi
2 tangkai daun kari
Panaskan minyak dan tumis biji sawi dan daun kari bila naik wangi masukkan pes kisar. Tumis hingga naik minyak. Masukkan nasi sejuk dan gaul rata. Goreng hingga sebati. Hidangkan panas.