Assalammualaikum, salam semua dan tak lupa hari ni 10 Zulhijjah 1440 Hijrah bersamaan hari Ahad, 11 Ogos 2019 kita menyambut Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidil Adha. Mesti meriah kan, terutama di negeri2 belah pantai timur dan utara. Apa2 pun, keselamat harus dititik beratkan. Hari ni che mat malas nak kongsikan makanan hari raya, sebab benda yang sama, ketupat, kari ayam, kuah lodeh, serunding, rendang daging dan kuah kacang, resipi sama untuk setiap hari raya. Ada juga bercadang nak tukar menu, tapi takut tak kena pada selera yang lain. Jadi kita buat sajalah, toksah pening2 kepala, yea dak. Ketupat che mat anyam sendiri, plan asal nak buat 30+ biji. tapi akhirnya jadi 49 biji, sepatutnya 50 biji tapi anyaman terakhir tu daun kelapa dia terkoyak. Jadi lah, tu pun dah cukup banyak. Biasanya kami rebus ketupat kurang lebih 5 jam, pastikan air menggelegak, baru dimasukkan ketupat yang telah diisi dengan beras, kendian sederhanakan api, kalau air berkurangan, tambah dengan air panas. Jangan lupa masukkan sedikit garam dan daun pandan.
Dalam sibuk2 menyediakan juadah untuk hari raya aidil adha, sempat jugalah che mat bancuh kek buah sebiji, tapi yang ni versi kek bakar. Resipi che mat dapat dari teman blogger masakan, Nina Mahdar yang dulu memang aktif berblog tapi sekarang aktif di FB. Kek buah versi bakar ini agak mudah dibuat dan rasanya pun cukup sedap, wangi dan lembap. Satu yang perlu dititik beratkan ialah penggunaan mentega, pastikan guna mentega tulen seperti golden churn, s.c.s, anchior, emborg atau sebaranag mentega tulen..Tapi kalau yang tak makan mentega tu, guna buttercup pun boleh, cuma hasil dia takde lah sama macam guna mentega. Che mat kurangkan sedikit penggunaan gulanya. Satu lagi, resipi asal guna 300 gram mix dried fruit, tapi che mat cuma ada kurang lebih 200+ gram ajer, tu yang macam kurang meriah sikit rupa kek. Jika pun kalau ada kelapangan waktu, jangan lupa mencuba, in sha Allah tak mengecewakan...Resipi seperti di bawah ini.
BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram mentega berkualit tinggi
150 gram gula kastor (che mat guna 120 gram)
250 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan diayak)
4 biji telur gred A
50 ml susu segar @ susu UHT
300 gram dried mix fruits*
2 camca besar tepung gandum*(*disatukan dan gaul rata)
1 camca teh ovallate
1 camca teh esen vanilla
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan mentega. Alas dasar tin dengan kertas minyak dan lenser juga kertas tadi, ketepikan, Putar mentega, ovallate dan gula kastor hingga sebati dan pucat. Masukkan telut satu persatu dan terus memutar hingga kembang. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit berselang sekali dengan susu segar. Putar hingga rata dan sebati.
- Masukkan dried mix fruits dan gaul dengan spatula hingga rata (dried mix fruits boleh tinggalkan sedikit untuk ditabur atas kek sebelum dibakar, jika suka). Tuang ke dalam tin yang telah disiapkan tadi. Tabur dried mix fruits tadi atasnya sebagai hiasan. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga kek masak.
- Uji dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate bersih atau cake tester. Jika keluarnya bersihm tanda kek dah masak. Keluarkan dari oven, biar sekejap dan keluarkan kek dari tin, sejukkan sepenuhnya atas jaringan. Bungkus kek yang telah sejuk dengan plasting cling da, biarkan semalaman untuk mendapat kek yang lembap. Selamat mencuba!