PAAL KOVA
Nota: Nak buat kuih ini kena pandai masak gula tu kalau tak pandai jangan cuba mesti tak jadi.
300 gm tepung susu,disangai sebentar dan ketepikan
400 gm gula
1 cawan air
½ cawan serbuk kacang badam
11/2 s/m ghee
Badam cencang dan koma2 untuk hiasan
Loyang disapu dengan sedikit ghee
1. Masukkan gula kedalam kuali dan tuangkan 1 cawan air dan masak hingga gula larut dan mendidih. Sediakkan pinggan kecil dengan sedikit air. Ambil sedikit air gula dan titik kedalam air jika gula tak cair dalam air itu bermakna gula sudah siap.
2. Kecilkan api dan masuk tepung susu sedikit demi sedikit dan kacau sebati. Masuk serbuk badam dan ghee dan kacau hingga pekat. Tuangkan kedalam Loyang dan ratakan. Bila sudah sejuk sedikit boleh lah potong dan hiasankan dengan koma2 dan badam cencang.
Resipi asal dari Puan G.Rukumani,Kuala kedah.