Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak siput sedut. Kali kita cuba versi tumis pulak. Iaitu bahan2 perencahnya ditumis dengan sedikit minyak. Biasanyakan main lebur semua dalam periuk. Kata orang kalau ditumis ia akan tahan lebih lama, lambat basi (tapi kala menu2 macam ni, tak sempat basi dah licin, yea dak. Tak salah kita mencuba). Semalam masa ke pasar pagi di Simpang Renggam, che mat nampak orang jual siput sedut yang agak besar saiznya. Ada dua saiz, yang besar RM 14 sekilo dan saiz satu lagi RM 12 sekilo. Tapi kan yang RM 14 tu macam tak banyak beza saja dengan yang RM 12. Ok, takpe, beli sekilo untuk dimasak keesokkan harinya (hari ini). Selalunya kalau beli siput, che mat akan sucikan dulu siput tu dengan hampas kelapa untuk satu malam. Kalau susah nak dapat hampas kelapa, boleh lah minta sedikit hampas kelapa dengan orang2 yang berniaga santan segar. Jangan taruk kelapa parut, sebab dulu che mat pernah buat dan hasilnya bila masak isi siput rasa tak sedap...rasa tengek!..Untuk sayurnya che mat masukkan batang keladi sayur....Resipi boleh dikatakan senang dimasak, meh che mat kongsikan...
1 kg siput sedut
1 pokok keladi sayur
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
2 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
20 biji cili padi kampung
1/2 inci belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Siput sedut yang telah disucikan dengan hampas kelapa, dicuci bersih sehingga air bilasannya jernih. Kemudian kerat hujung siput pada ruas ke tiga dari atas (boleh rujuk videonya di IG che mat di sini ). Cuci bersih dan toskan. Batang keladi dibuang kulit luarnya, kerat pendek cuci dan celur dalam air mendidih yang dimasukkan sekeping asam gelugor, celur hingga setengah lembut. Toskan.
- Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 4 camca besar). Tumis serai hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa. Masukkan siput sedut, gaul rata dan masak hingga berubah warna.
- Tuang santan cair dan masukkan bali asam gelugor, masak hingga mendidih. Tambah batang keladi dan daun kunyit. Gaul dan tuang pati santan. Kacau perlahan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
- Masak dengan api sederhana dan dikacau sentiasa hingga batang keladi empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain...Selamat mencuba!!